UTUSAN QURAISY KEPADA NAJASHI
Golongan bangsawan Quraisy bergabung tenaga dalam usaha menghapuskan ajaran Muhammad. Mereka memberitahu orang ramai bahawa beliau gila, seorang ahli sihir, dan seorang penyajak. Mereka menunggu di jalan-jalan dan berusaha sedaya-upaya untuk menakutkan orang ramai dan menghalang mereka daripada bercakap dengannya. Mereka menyeksa rakan-rakannya dan cuba sedaya-upaya untuk menyakitinya. Mereka melemparkan duri dan benda-benda tajam di jalan yang dilaluinya, membuang tahi unta di atas kepalanya semasa beliau bersembahyang, memaki-hamunnya bila sahaja mereka bertemu dengannya, menahan makanan daripadanya dan sahabat-sahabatnya, dan juga cuba untuk membunuhnya. Lama-kelamaan golongan bangsawan Quraisy menukar nama Muhammad (Yang Terpuji) kepada Muhmmmam (Yang Dicerca). Apabila mereka berbincang tentangnya, mereka berkata, "Celakalah yang dicerca.". Atas sebab ini, Muhammad (s.a.w.) berkata kepada sahabat-sahabatnya, "Tidakkah kamu merasa kagum bagaimana Tuhan membalikkan sumpahan mereka terhadapku? Mereka menyumpah Muhammam dan namaku adalah Muhammad.".
Setelah hal ini berterusan beberapa lama, golongan bangsawan Quraisy pergi menemui bapa saudara Muhammad, iaitu Abu Talib, dan cuba menyogoknya untuk menarik balik perlindungannya ke atas Muhammad (s.a.w.). Apabila ini tidak berjaya, mereka pergi berjumpa Muhammad dan cuba menyogoknya dengan kekayaan, martabat yang tinggi dan melantiknya sebagai pemimpin dengan syarat beliau meninggalkan ajarannya. Beliau menolak.
Apabila penyeksaan oleh kaum Quraisy sudah tidak tertanggung, Muhammad (s.a.w.) membenarkan sahabat-sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Lapan puluh tiga orang umat Islam bertolak ke Habsyah. Apabila kaum Quraisy mendapat berita mengenai pemergian mereka, mereka menghantar wakil kepada Negus (Al-Najashi), iaitu raja Habsyah yang beragama Kristian, berserta hadiah yang banyak dengan harapan dapat memujuknya memulangkan mereka yang berhijrah kepada kaum Quraisy. Perbincangan di antara ketiga-tiga pihak berakhir dengan raja memutuskan untuk tidak menyerahkan umat Islam kepada kaum Quraisy. Ini boleh dianggap sebagai kemenangan strategik pertama umat Islam ke atas penindas mereka, oleh itu marilah kita lihat kisah ini.
Apabila bangsawan Quraisy mendapat tahu bahawa umat Islam mendapat perlindungan daripada seksaan di Habsyah dan bahawa mereka dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan bebas, mereka mengambil keputusan untuk menghantar rombongan yang terdiri daripada Abdullah bin Rabia dan Amr bin Al-aas, berserta hadiah-hadiah yang banyak untuk mengadap Raja Habsyah dan general-generalnya.
Apabila rombongan ini tiba di Habsyah, mula-mula mereka memberikan hadiah mereka kepada general-general raja dan menerima kebenaran untuk mengadap raja. Semasa mengadap raja mereka berkata, "Telah datang ke negaramu segolongan yang telah menimbulkan kekacauan daripada kalangan kami. Mereka telah menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka dan mereka tidak menerima agamamu, sebaliknya mereka telah mereka agama baru yang tidak pernah didengar olehmu atau oleh kami. Golongan bangsawan daripada kaum mereka, bapa-bapa mereka, bapa-bapa saudara mereka, dan keluarga mereka meminta agar mereka dikembalikan kepada keluarga mereka, kerana merekalah yang lebih dekat dengan mereka ini."
Pegawai-pegawai raja bersuara, "Mereka berkata benar, wahai raja, maka pulangkanlah mereka kepada kaum mereka."
Raja menjadi murka apabila mendengar hal ini dan enggan mempercayai kata-kata mereka, juga enggan memulangkan mereka yang meminta perlindungannya. Kemudian baginda memerintahkan supaya umat Islam dibawa mengadapnya dan biskop-biskopnya. Apabila mereka telah berkumpul, baginda bertanya umat Islam, "Apakah agama yang telah menyebabkan kamu meninggalkan agama nenek moyangmu dan tidak menerima agama beta atau agama-agama lain?".
Jaafar bin Abu Talib, sepupu Muhammad (s.a.w.), bangun lalu menjawab, "Wahai Raja Habsyah, sebelum ini kami adalah orang yang jahil, menyembah berhala, memakan bangkai binatang, berkelakuan tidak sopan, memutuskan tali kekeluargaan, berbuat jahat terhadap jiran kami, dan yang kuat di kalangan kami menekan yang lemah. Inilah sikap kami sehinggalah Tuhan mengutuskan seorang nabi kepada kami. Kami tahu keturunannya, kejujurannya, sikap amanahnya, dan kesuciannya. Beliau menyeru kami kepada Allah dan supaya menyembahNya sahaja dan meninggalkan semua yang kami sembah selain daripada Dia. Beliau memerintahkan kami supaya bercakap benar, bersikap amanah, menguatkan tali kekeluargaan, berbuat baik kepada jiran-jiran, tidak memakan darah, tidak berkelakuan tidak sopan, serta jangan berbohong, mencuri harta anak yatim dan memfitnah wanita yang suci. Beliau juga memerintahkan kami supaya menyembah Allah sahaja dan tidak menyekutukannya dengan apa jua. Beliau memerintahkan kami supaya bersembahyang, bersedekah dan berpuasa (dan beliau menyenaraikan perintah-perintah Islam). Lalu kami beriman dengannya, menerima ajarannya, dan mematuhi apa yang diterimanya daripada Allah, menyembah hanya Allah dan tidak menyekutukan sesiapa denganNya, menahan diri daripada apa yang dilarang, dan menerima segala yang dihalalkan buat kami. Atas sebab ini kaum kami memusuhi kami. Mereka menyeksa kami dan menindas kami dengan harapan dapat mengembalikan kami daripada menyembah Allah kepada menyembah berhala, dan agar kami menerima apa yang kini kami anggap perbuatan-perbuatan yang keji. Maka setelah mereka menindas kami, berlaku zalim terhadap kami, mengongkong kami, dan menghalang kami daripada agama kami, kami lari ke negaramu dan memilihmu daripada yang lain, mengharapkan perlindungan, dan agar kami tidak perlu takut akan ketidakadilan dengan adanya tuanku."
Raja mendengar penjelasan Jaafar dengan sabar dan kemudian berkata, "Adakah kamu membawa apa yang telah dibawa oleh sahabatmu?". Jaafar menjawab, "Ya". Raja berkata, "Bacakanlah kepadaku.". Maka Jaafar membacakan ayat-ayat daripada surah Maryam (19) yang berbunyi:
"Kaaf Haa Yaa 'Ain Saad. (Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hambaNya, Zakaria, iaitu tatkala dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. Dia berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku [1] sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahkanlah aku daripada sisiMu seorang putera, yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakob; dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai". "Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengannya". Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua". Tuhan berfirman: "Demikianlah". Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (pada waktu itu) belum ada sama sekali".(surah Maryam ayat 1-8)
Apabila raja tersebut mendengar ayat-ayat ini, baginda menangis sehingga janggutnya basah, dan dan biskop-biskopnya turut menangis. Baginda berkata, "Sesungguhnya ini dan apa yang telah dibawa oleh Jesus telah datang dari cahaya yang sama.". Baginda berkata kepada rombongan Quraisy, "Kembalilah kepada kaummu, aku tidak akan mengembalikan mereka kepadamu."
Keeseokan harinya, Amr bin Al-Aas kembali mengadap raja dan berkata, "Mereka berkata yang buruk-buruk mengenai Jesus putera Maryam". Mendengar hal ini, sekali lagi raja tersebut memanggil umat Islam dan bertanya mereka, "Apa katamu mengenai Jesus putera Maryam?".
Jaafar bin Abu Talib menjawab, "Mengenainya saya sampaikan kata-kata nabi kami: bahawa beliau adalah suruhan tuhan dan seorang nabi, roh daripadaNya, firmanNya yang dianugerahkan kepada Maryam yang suci.". Mendengar ini, raja tersebut memukul tangannya ke lantai dan mengangkat sebatang tongkat. Kemudian baginda berkata, "Sesungguhnya Jesus putera Maryam tidak lebih daripada apa yang kau katakan walaupun sebanyak tongkat ini.". Baginda memberikan perlindungan kepada umat Islam dan rombongan Quraisy pulang dengan tangan kosong.
Raja Habsyah mangkat semasa hayat Muhammad (s.a.w.). Apabila Muhammad (s.a.w.) mendapat berita kemangkatannya, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul untuk sembahyang jenazah bagi raja tersebut.
Semasa semua ini sedang berlaku di Habsyah, Muhammad (s.a.w.) dan sahabat-sahabatnya yang memilih untuk tinggal di Mekah terus menanggung penyeksaan kaum Quraisy. Namun bilangan mereka terus meningkat walaupun kaum Quraisy berusaha menyekat mereka bersungguh-sungguh. Ramai di antara mereka yang menganut Islam adalah daripada kalangan bangsawan, seperti Umar bin al-Khattab.
Pada tahun ketujuh Muhammad (s.a.w.) berdakwah, golongan bangsawan Quraisy merasa amat terdesak untuk menghalang perkembangan Islam di kota mereka, maka mereka berkumpul dan menulis perjanjian "Sekatan ke atas Hashim dan Banu Muttalib". Dalam perjanjian ini, semua golongan bangsawan bersetuju bahawa mereka tidak akan berjual beli dengan keturunan Hashim dan banu Muttalib (suku Muhammad). Mereka juga bersetuju untuk tidak mengahwini sesiapa daripada suku tersebut mahu pun membenarkan sesiapa daripada suku tersebut mengahwini ahli suku mereka. Dokumen ini digantung di dalam Kaabah. Sekatan ini berterusan selama tiga tahun. Dalam tempoh ini, mereka daripada suku Hashim dan Abdul Muttalib menanggung derita yang hebat sehingga terpaksa memakan daun. Mereka tidak dapat berjual beli dengan kaum Quraisy dan kaum Quraisy menghalang pedagang-pedagang lain daripada berurusan dengan mereka melainkan pada harga yang amat tinggi.
Walaupun bangsa Arab pada zaman ini tenggelam dalam berbagai amalan yang keji, masih ada juga di antara mereka yang baik. Di kalangan mereka masih ada sekelumit rasa harga diri dan keadilan. Inilah yang akhirnya mendorong mereka, di antaranya Amr bin Rabia, untuk mengumpulkan mereka yang sependapat dengannya untuk mendesak golongan bangsawan agar membatalkan sekatan tersebut. Apabila mereka bangun untuk mengoyakkan dokumen tersebut, mereka mendapati bahawa ia telah dimakan serangga kecuali bahagian yang tertulis "Dengan nama Tuhan.".
Pada tahun kesepuluh, bapa saudara Muhammad, Abu Talib, dan isterinya, Khadijah, meninggal dunia. Dengan kematian mereka, penindasan kaum Quraisy berganda. Dari kalangan segelintir yang dibenarkan mendengar bacaan Qur'an, ramai yang menganut Islam Bagaimanapun, penindasan yang tidak putus-putus kaum Quraisy terhadap umat Islam menyebabkan Muhammad (s.a.w.) mencari sekutu untuk melindungi mereka daripada kaum Quraisy dan untuk membolehkan orang ramai mendengar ajaran Islam. Maka beliau mengembara ke TAif [2] untuk meminta perlindungan suku Thaqeef dan dengan harapan mereka akan menerima seruannya. Dia menyampaikan seruannya kepada Ibn Abd-Yalail bin Abdul Kulal dan golongan bangsawan Taif. Bagaimanapun, mereka mencacinya. Kemudian mereka mengumpulkan penduduk-penduduk bandar tersebut dan menghasut mereka sehingga mereka merejamnya lalu beliau meninggalkan mereka dan menuju ke sebuah ladang kepunyaan Utba dan Shaiba, anak kepada Rabia. Mereka memerhatikannya dari jauh ketika beliau duduk di bawah pohon anggur mereka dan berdoa kepada Allah.
Apabila Muhammad (s.a.w.) melihat bahawa orang-orang Thaqeef telah meninggalkannya dan kembali kepada urusan harian mereka, dengan hati yang sedih beliau menadah tangannya ke langit dan berdoa:
"Ya Tuhanku, aku mengadu kepadamu akan kelemahanku, ketidakuapayaanku dan kedegilan manusia terhadapku. Wahai Yang Maha Mengasihani, kaulah Tuhan golongan yang lemah dan Tuhanku. Kepada siapakah akan kau serahkan aku? Kepada orang yang jauh yang akan memarahiku, atau kepada musuhku yang telah kau berikan kuasa ke atasku? Selagi kau tidak murka terhadapku, maka aku tidak peduli [apa yang terjadi kepadaku], tetapi [anugerah] kesejahteraanmu adalah lebih berharga buatku. Aku meminta perlindungan dalam cahayamu yang telah menerangi kegelapan, dan melaluinya semua hal kehidupan dan akhirat akan ditentukan dengan adil, bahawa sama ada hukumanMu menimpaku atau kemarahanMu menimpaku. KepadaMu segala ketenangan, dan tiada sesiapa yang mempunyai kuasa atau upaya melainkanMu."
Semasa Utba dan Shaiba memerhatikan Muhammad (s.a.w.), mereka merasa kasihan terhadapnya lalu menghantar abdi mereka, iaitu Addas, untuk memetik semangkuk anggur dan memberikannya kepadanya. Addas memetik angguk dan membawanya kepada Muhammad, lalu meletakkannya ke dalam tangan beliau dan berkata, "Makanlah.". Sebelum makan, Muhammad membaca "Dengan nama Allah" (yang mana ini diucapkan oleh umat Islam sebelum makan atau minum). Addas adalah seorang Kristian dan apabila beliau mendengar ucapan ini, beliau berkata kepada Muhammad, "Sesungguhnya ini bukanlah ucapan orang di negara ini. ". Muhammad bertanya dari mana asal beliau dan Addas menjawab , "Dari Ninwa. ". Muhammad berkata, "Dari negara seorang lelaki yang alim bernama Yunus, anak kepada Amittai. ". Addas merasa kagum lalu berkata, "Dan bagaimanakah kamu tahu mengenai Yunus anak kepada Amittai? ". Muhammad (s.a.w.) menjawab, "Dia adalah saudaraku. Dia adalah seorang nabi dan aku adalah seorang nabi. ". Apabila mendengar ucapan ini, Addas mencium tangan, kepala dan kaki nabi Muhammad.
Apabila Utba dan Shaiba melihat hal ini mereka berkata, "Sesungguhnya dia telah menyelewengkan abdi kita. ". Apabila Addas kembali kepada mereka, mereka berkata, "Cis Addas! Mengapakah kamu mencium kepala, tangan dan kaki lelaki itu? ". Addas menjawab, "Ya tuan ku, tiada yang lebih baik di bumi ini selain daripada itu. Dia telah memberitahuku perkara yang hanya diketahui oleh seorang nabi. ". Mereka memarahinya, "Cis Addas! Jangan biarkan dia menyelewengkanmu daripada agamamu. Agamamu lebih baik daripada agamanya! "
Muhammad (s.a.w.) berlalu dan kembali ke rumahnya dengan perasaan yang amat sedih. Dalam perjalanan pulang, beliau singgah di Qarn ath-Tha'alib dan apabila beliau memandang ke atas, beliau nampak awan mengikutinya dan malaikat Jibril di dalam awan tersebut. Malaikat Jibril berkata kepadanya, "Allah telah mendengar apa yang dikatakan oleh kaummu kepadamu, dan apa jawapan mereka kepadamu. Allah telah mengutus Malaikat Gunung kepadamu supaya kamu boleh mengarahkannya melakukan apa yang kamu kehendaki terhadap mereka. ". Malaikat Gunung menyapanya dan berkata, "Wahai Muhammad! Perintahkanlah apa yang kau kehendaki. Jika kau mahu, aku akan jadikan al-Akhshabain (dua gunung yang mengelilingi Taif) runtuh ke atas mereka. ". Nabi (s.a.w.) menjawab, "Jangan, kerana aku berharap agar ada di kalangan anak-anak mereka yang akan menyembah Allah sahaja, dan tidak akan menyembah selainNya. ". Beliau kembali ke Mekah dan kepada penghinaan kaumnya.
Tidak lama selepas itu, Allah Yang Maha Berkuasa membawa Muhammad (s.a.w.) ke "Furthest Mosque" ("Tempel Mount" di Palestin) dan kemudian mengangkatnya ke langit di mana beliau bertemu dengan nabi-nabi Tuhan, melihat banyak tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan kemudian ibadat sembahyang lima kali sehari ke atasnya dan umat Islam diperintahkan. Semua ini berlaku dalam masa satu malam yang kemudiannya dikenali sebagai malam "Israk dan Mikraj" (perjalanan malam dan keberangkatan ke langit).
Muhammad (s.a.w.) terus menyeru suku-suku yang berdekatan kepada Islam dan membantu umat Islam bila saja ada kesempatan. Semasa musim berdagang ketika semua suku-suku yang berhampiran berkumpul di Mekah, Muhammad (s.a.w.) akan keluar dan bercakap dengan mereka dan menggalakkan mereka menerima Islam. Sepanjang masa, bapa saudaranya, Abu Lahab, akan mengekorinya. Bila sahaja beliau bercakap dengan sesuatu suku dan mengajak mereka menerima Islam, Abu Lahab akan menghalangnya dan cuba sedaya-upaya menghalang mereka.
Apabila Muhammad (s.a.w.) bercakap dengan mana-mana suku, beliau akan memberitahu mereka bahawa beliau adalah utusan Tuhan dan bahawa beliau diutuskan untuk membimbing mereka keluar daripada kejahilan mereka dan meninggalkan penyembahan berhala kepada cahaya Tuhan dan menyembah Tuhan yang Esa, Pencipta dan Pemelihara semesta alam. Beliau akan membacakan Qur'an dan menggalakkan mereka menerima Islam. Salah satu suku yang bertemu dengan Muhammad melalui cara ini adalah suku Al-Kazraj dari bandar Madinah Al-Munawarah. Apabila mereka mendengar seruan Muhammad, mereka teringatkan ramalan-ramalan kaum Yahudi di kota mereka dan bagaimana kaum Yahudi sering mengugut mereka akan ketibaan "nabi terakhir" yang akan memimpin mereka kepada kemenangan besar dan menubuhkan kerajaan Tuhan di bumi.
Apabila mereka mendengar kata-kata Muhammad (s.a.w.) dan Qur'an, mereka berkata sesama sendiri, "Sesungguhnya inilah nabi yang kaum Yahudi sering ugutkan kita, maka jangan biarkan mereka terlebih dahulu mengikutinya.". Maka mereka mempercayainya dan menerima ajarannya, sebaliknya kebanyakan kaum Yahudi menolak Muhammad. Atas sebab ini, kita dapati di dalam Qur'an: "Dan telah datang kepada mereka Al-Qur'an daripada Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, pada hal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu engkar kepadanya. Maka laknat Allah ke atas orang-orang yang engkar itu." Al-Qur'an, Al-Baqarah (2):89
Penduduk-penduduk Madinah kembali ke sana dan menyebarkan berita ini. Pada tahun berikutnya, dua belas daripada mereka kembali dan berjanji dengan Muhammad (s.a.w.) bahawa mereka menyerah dan menerima ajarannya. Ini dikenali sebagai "Perjanjian Pertama Al-Ahzab".
Setelah rombongan ini kembali kepada kaum mereka, Muhammad (s.a.w.) menghantar guru-guru yang mengajarkan penduduk kota tersebut Qur'an dan agama Islam. Ini berterusan selama setahun sehinggalah hampir tiada penghuni rumah di Madinah yang tidak menerima Islam. Pada penghujung tahun tersebut, mereka menghantar satu lagi rombongan kepada Muhammad (s.a.w.) yang terdiri daripada tujuh puluh lima orang wakil. Mereka memeterai perjanjian Aqaba kedua, iaitu "perjanjian peperangan". Mereka berjanji akan melindungi Muhammad dan sahabat-sahabatnya dalam lingkungan kota mereka dengan harta mereka dan kuasa mereka tanpa mengira apa akibatnya kepada diri dan keluarga mereka, dan akan melindungi mereka seperti mana mereka melindungi isteri-isteri dan anak-anak mereka. Setelah menerima perjanjian ini, Muhammad (s.a.w.) membenarkan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Madinah Seorang Muslim bernama Salamah bin Salamah bin Waksh, seorang penduduk Madinah, meriwayatkan:
"Kami mempunyai seorang jiran Yahudi dari suku Abad-Alash'hal. Pada suatu hari beliau keluar dari rumahnya dan berbual dengan beberapa orang daripada suku Abad-Alash'hal. Pada masa itu saya adalah yang termuda di antara mereka. Saya sedang memakai jubah dan membentangkannya di halaman keluarga saya. Dia (jiran saya) mula bercakap tentang Hari Pengadilan, kehidupan semula manusia, pengadilan, hisab, Syurga dan Neraka. Dia sedang bercakap mengenainya kepada suatu suku yang mempercayai berbilang tuhan, penyembah-penyembah berhala - orang yang tidak percaya adanya hari akhirat atau kehidupan semula selepas kematian. Atas sebab ini mereka menjawab, "Adakah kamu benar-benar percaya hal ini akan berlaku? Adakah kamu benar-benar percaya yang manusia akan dihidupkan kembali selepas mati di tempat yang ada Syurga dan Neraka untuk diberikan balasan atas perbuatan mereka?". Beliau menjawab, "Ya, demi Dia yang menjanjikannya!". Dia menyambung bahawa dia lebih suka dipanggang dalam relau di dunia daripada menganggung api Neraka pada hari akhirat. Yang lain-lain menjawab, "Jadi apakah buktimu akan hal ini?". Dia menjawab, "Seorang nabi akan datang dari daerah itu", dan dia menunjuk ke arah Mekah dan Yaman (selatan). Mereka menjawab, "Dan bilakah kita akan menemuinya?". Beliau melihat kepadaku, seorang anak kecil, dan berkata, "Jika anak ini dewasa, dia akan menemuinya." Salamah menyambung, "Demi Allah! Siang dan malam tidak berlalu tanpa Muhammad dilantik sebagai utusan, dan beliau hidup di kalangan kita. Kami mempercayainya dan menerimanya, tetapi beliau tidak mempercayainya dan menolaknya kerana sikap melampaui batas dan rasa cemburu. Pada suatu hari kami berkata kepadanya, '[Apa kena dengan kamu?] Bukankah kamu yang memberitahu kami mengenainya?". Beliau menjawab, "Ya! Tetapi dia bukan orangnya".".
Monday, March 17, 2008
Saturday, February 23, 2008
nabi adam menghuni syurga
Di kesempatan ini saya, Norazlina binti hussin dari fakulti Al-Quran dan As-sunnah ingin berkongsi cerita dan maklumat sedikit sebanyak tentang sejarah nabi-nabi terdahulu atau lebih dikenali sebagai sirah nabi. Kisah Nabi Adam adalah salah seorang dari nabi yang ingin saya ceritakan di dalam ruangan yang khusus ini.
Tajuknya ialah: Nabi Adam menghuni syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan Allah menciptakan seorang perempuan yang sangat cantik jelita yang diberi nama Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, disamping dapat menghiburkan hatinya bila kesunyian dan sekaligus melengkapi fitrah naluri seorang lelaki yang sememangnya memerlukan seorang perempuan untuk berkasih sayang.
Menurut cerita para ulama' Hawa diciptakan olaeh Allah dari tulang rusuk kiri Adam ketika Adam sedang tidur. Apabila Adam tersedar dari tidurnya pada keesokkan harinya, dia terkejut apabila melihat Hawa telah berada di sisinya. Lalu Adam ditanya oleh malaikat : "Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada disampingmu itu?" lalu jawab Adam"seorang perempuan", sesuai dengan fitrah yang diilhamkan oleh Allah kepadanya. "siapa namanya?", Tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini? Tanya malaikat lagi. Lalu jawab Adam: "Untuk mendampingiku,memberi kebahagian kepadaku dan mengisi kekosongan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam : Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya, makanlah buah-bauhan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nafsunya. Kamu tidak akan mengalami atau merasakan lapar, dahaga atau lelah selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah kamu makan dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termsuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan sedaya upaya memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga tercabutlah kebahagiaan yang sedang kamu nikmati ini."
To be continue at the next time….Wassalam.
Tajuknya ialah: Nabi Adam menghuni syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan Allah menciptakan seorang perempuan yang sangat cantik jelita yang diberi nama Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, disamping dapat menghiburkan hatinya bila kesunyian dan sekaligus melengkapi fitrah naluri seorang lelaki yang sememangnya memerlukan seorang perempuan untuk berkasih sayang.
Menurut cerita para ulama' Hawa diciptakan olaeh Allah dari tulang rusuk kiri Adam ketika Adam sedang tidur. Apabila Adam tersedar dari tidurnya pada keesokkan harinya, dia terkejut apabila melihat Hawa telah berada di sisinya. Lalu Adam ditanya oleh malaikat : "Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada disampingmu itu?" lalu jawab Adam"seorang perempuan", sesuai dengan fitrah yang diilhamkan oleh Allah kepadanya. "siapa namanya?", Tanya malaikat lagi. "Hawa", jawab Adam. "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini? Tanya malaikat lagi. Lalu jawab Adam: "Untuk mendampingiku,memberi kebahagian kepadaku dan mengisi kekosongan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam : Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya, makanlah buah-bauhan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nafsunya. Kamu tidak akan mengalami atau merasakan lapar, dahaga atau lelah selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah kamu makan dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termsuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan sedaya upaya memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga tercabutlah kebahagiaan yang sedang kamu nikmati ini."
To be continue at the next time….Wassalam.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)